Tips untuk pembantu rumah berasa bahagia dan bersyukur
Di Malaysia, untuk mengupah pembantu rumah bagi setiap isi rumah bukanlah mudah kerana kerajaan telah menetapkan peraturan yang ketat terhadap majikan.
Dahulu, ramai majikan telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menganiaya pembantu rumah dengan pelbagai layanan buruk yang mereka anggap sebagai “amalan biasa”.
Oleh itu, pembantu rumah mula melarikan diri dari rumah majikan atau mencari bantuan agensi untuk membantu menamatkan penderitaan mereka.
Kebanyakan pembantu rumah yang menerima layanan buruk ini akan menamatkan kontrak mereka lebih awal atau apabila kontrak tamat. Tiada di antara mereka yang mahu kembali kepada majikan yang sama.
Jadi, bagaimana anda memastikan pembantu rumah anda gembira dan kekal bersama anda melalui susah dan senang?
Mengapakah anda perlu memastikan pembantu anda berasa gembira?
- Dia akan melanjutkan kontrak dengan anda, anda tidak perlu lagi mencari pembantu baru.
- Anda tidak perlu lagi mengajar pembantu baru mengenai peraturan di rumah anda setiap kali pembantu rumah baru sampai (tidakkah anda berasa penat berbuat demikian?)
- Pembantu rumah anda sudah serasi dengan rutin anda, memahami peraturan di rumah, membantu anda menjaga rumah semasa ketiadaan anda di rumah
- Pembantu rumah membantu anda menjaga bayi, orang tua atau haiwan peliharaan anda
- Anda boleh meletakkan kepercayaan pada pembantu sekiranya anda perlu keluar bekerja, membeli barang runcit atau pergi bercuti.
Di sini terdapat beberapa cadangan dan idea untuk anda menjalinkan hubungan yang baik dengan pembantu anda untuk jangka masa yang panjang.
#1 Latihan dan Pemahaman
Kebanyakan pembantu rumah di Malaysia datang dari Indonesia manakala majikan di Singapura kebanyakannya mengambil pembantu rumah dari Filipina.
Hal ini kerana bahasa yang digunakan pembantu rumah yang membolehkan majikan senang berkomunikasi dengan mereka.
Adalah mustahil untuk mendapatkan pembantu rumah Indonesia yang bertutur dalam bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan majikan Singapura yang bertutur dalam bahasa Inggeris.
Begitu juga pembantu pembantu rumah Filipina yang bertutur dalam bahasa Inggeris bercakap dengan majikan Malaysia yang bertutur dalam bahasa Melayu atau Cina.
Umpama perbandingan itik dengan ayam yang tidak boleh bertutur dalam bahasa yang sama.
Dapatkan pembantu rumah yang sesuai yang telah dilatih untuk bercakap dalam bahasa pilihan anda untuk mewujudkan persefahaman yang lebih baik antara satu sama lain.
Untuk berjaga-jaga, simpan kamus atau muat turun aplikasi kamus ke dalam telefon bimbit anda.
Anda boleh mencari perkataan yang pembantu rumah anda tidak faham di dalam kamus.
Anda berdua boleh cuba usaha untuk mengingati perkataan sukar yang sering digunakan.
Tambahan lagi, kebanyakan pembantu rumah datang dari negara dan latar belakang yang berbeza dengan majikan mereka.
Oleh itu, berikan sedikit masa untuk pembantu rumah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
#2 – Sentiasa berhubung
Pembantu rumah warganegara asing akan mengalami kesunyian dan berasa rindu pada rumah kerana mereka bekerja jauh dari tanah air mereka.
Berikan mereka beberapa alternatif lain untuk berhubung dengan ahli keluarga mereka dari semasa ke semasa.
Kini, setiap pembantu rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon untuk berhubung dengan yang tersayang di rumah.
Sesetengah majikan bermurah hati untuk memberikan laptop atau ipad terpakai untuk membenarkan pembantu rumah berhubung dengan kawan dan ahli keluarga mereka serta menonton video-video secara dalam talian.
Walaubagaimanapun, terhadkan masa untuk merekaHal ini kerana kemungkinan mereka akan mengabaikan tanggungjawab yang diberikan apabila terlalu leka dengan teknologi gajet.
Ibarat diberikan betis hendak peha pula.
#3 – Hormat
Layani pembantu rumah anda dengan hormat dan fahami agamanya.
Jangan menganggap pembantu rumah anda adalah “harta” dan “objek” anda yang boleh anda gunakan sesuka hati anda.
Majikan mempunyai tanggapan yang SALAH tentang pengambilan pembantu rumah. Mereka menganggap pembantu rumah itu “hamba” kepada Tuan.
Pembantu rumah adalah manusia juga, mereka ada perasaan seperti anda dan saya.
Fahami agamanya, apa yang boleh dimakan (adakah dia seorang Muslim – diharamkan memakan daging khinzir), kebiasaan upacara agamanya (sebagai contoh: waktu solat).
Jika anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan amalan agamanya, minta ejen anda menukar pembantu rumah lain mengikut keutamaan anda.
Jangan paksa pembantu rumah makan apa yang dimakan oleh keluarga anda.
Dia bukan haiwan.
Layanilah dia dengan baik dan saling menghormati antara satu sama lain. Dia juga akan memberikan layanan yang sama kepada anda.