Panduan untuk mengambil pembantu rumah di Malaysia
Tidak dinafikan lagi bahawa dalam kalangan keluarga di Malaysia, pembantu rumah warganegara asing terutamanya dari Indonesia, Filipina atau Vietnam adalah antara pembantu rumah pilihan majikan di Malaysia. Jadi, tidak kiralah anda adalah pertama kali mengambil pembantu rumah atau sudah berpengalaman mengambil pembantu rumah, di sini kami ingin berikan tips untuk anda menyenaraipendekkan pembantu rumah asing.
Berdasarkan pengalaman kami, untuk mengelakkan kes-kes tragis seperti bayi dan anak-anak kecil didera pembantu rumah, atau pembantu rumah didera secara seksual oleh majikan di rumah, di sini terdapat beberapa tips dan panduan untuk anda pertimbangkan sebelum mengambil pembantu rumah.
Tips:
Pembantu yang sudah berkahwin – Kami pasti kebanyakan isteri bersetuju dengan kami, akan tetapi para suami kehilangan senyuman apabila mendengar tips ini. Agensi Pekerjaan Together Sdn Bhd rekomenkan anda memilih pembantu rumah yang sudah berkahwin dan pilihlah yang berumur 30 tahun ke atas, kerana mereka ada pengalaman menjaga anak sendiri dan memahami tanggungjawab ibu bapa serta mempunyai sifat keibuan. Hal ini patut menjadi keutamaan majikan di rumah apabila mencari pembantu rumah yang mana tugas utamanya adalah menjaga anak-anak kecil. Berdasarkan pengalaman kami, pembantu rumah yang muda cenderung menjalinkan hubungan yang tidak diingini di kawasan tempat kerja mereka. Hal ini akan mengurangkan kecekapan mereka bekerja.
Komunikasi – Pada zaman sekarang dan juga hak sebagai seorang manusia, kita sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk langsung tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit. Sebagai seorang majikan kepada pembantu anda serta sebagai seorang manusia, kita mestilah memahami dan simpati bahawa mereka juga memunyai orang tersayang yang ditinggalkan dan datang ke Malaysia demi mencari rezeki. Kami sedar sesetengah majikan pembantu rumah akan mempersoalkan tentang penggunaan telefon bimbit yang boleh memberi kesan kepada kualiti kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Oleh sebab itu, kami mencadangkan mereka menggunakan telefon pintar hanya apabila mereka sedang rehat atau dalam masa yang dipersetujui oleh pihak majikan.
Sila datang ke pejabat kami untuk konsultansi percuma. Lokasi kami terletak di Nusajaya di Johor Bahru dan kami mengalu-alukan kedatangan anda.