Betul. Kami agensi berlesen. Agensi Pekerjaan Together Sdn Bhd adalah agensi pekerjaan yang mempunyai lesen di bawah Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia.
– Kedua suami isteri mestilah bekerja.
– Gabungan Pendapatan minimum:
– Pendapatan RM36,000.00 setahun untuk permohonan pembantu rumah warganegara Kemboja/Laos/Vietnam.
– Pendapatan Rm 60,000.00 setahun untuk permohonan pembantu rumah warganegara Sri Lanka.
– Pendapatan Rm 72,000.00 setahun untuk permohonan pembantu rumah warganegara Filipina.
– Pendapatan Rm 84,000.00 setahun untuk permohonan pembantu rumah warganegara Indonesia
– Mempunyai anak yang berumur 15 tahun ke bawah yang memerlukan penjagaan di rumah.
– Menjaga ibu bapa yang sudah tua dan uzur.
– Menjaga kediaman.
– Penyata Cukai Pendapatan (Borang BE/B) dengan resit rasmi (suami & isteri menggabungkan pendapatan)
RM36,000.00 setahun untuk pembantu rumah Kemboja, Laos dan Vietnam.
RM60,000.00 setahun untuk pembantu rumah Sri Lanka.
RM72,000.00 setahun untuk permohonan pembantu rumah warganegara Filipina.
RM84,000.00 setahun untuk pembantu rumah Indonesia
– Surat asal syarikat yang menyatakan jawatan yang disandang dan gaji bulanan & tempoh perkhidmatan ditulis dalam Bahasa Malaysia ditujukan kepada: Pengarah Jabatan Imigresen (suami & isteri).
– Salinan slip gaji 3 bulan terakhir (suami & isteri).
– Salinan kad pengenalan (suami & isteri).
– Gambar berwarna (bersaiz pasport) – 2 keping setiap satu (suami & isteri).
– Salinan sijil nikah.
– Sijil Kelahiran anak di bawah umur 15 tahun. (setiap satu)
– Jika alamat kediaman semasa anda berbeza daripada alamat kad pengenalan anda, sila serahkan bil elektrik, bil air atau telefon ASAL.
– Salinan Memo Daftar Keluar pembatalan untuk pembantu rumah terdahulu.
Jika anda memohon pembantu rumah untuk menjaga ibu bapa yang sakit atau tua, dokumen yang perlu dikemukakan adalah:
– Salinan kad pengenalan ibu bapa.
– Surat doktor (asal).
– Sijil kelahiran (fotostat) sebagai bukti perhubungan antara majikan dan ibu bapa yang sakit.
– 1 gambar berwarna pesakit/orang tua (duduk/baring di atas katil).
Jika anda memohon pembantu rumah untuk menjaga anak, dokumen yang perlu dikemukakan adalah:
– Sijil Kelahiran anak berumur bawah 15 tahun (setiap satu)
– Kad pengenalan anak
Jika anda memohon pembantu rumah untuk menjaga kediaman, dokumen yang perlu dikemukakan adalah:
– Gambar rumah
– Sudut hadapan (nombor rumah, sudut tepi, ruang tamu, tangga, papan tanda jalan)
– Salinan geran tanah
Anda boleh menggaji pembantu rumah dari negara sumber yang diluluskan Imigresen Malaysia. Negara-Negara Sumber tersebut ialah Indonesia, Filipina, Kemboja, Sri Lanka, Vietnam, Laos, Thailand dan India.
Tiada tempoh masa yang ditetapkan, bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak majikan dan pembantu rumah serta peraturan dan undang-undang kerajaan terkini.
Kami menyediakan pembantu rumah kepada majikan dalam tempoh yang singkat. Ia mengambil masa kira-kira ± 3 bulan untuk seorang pembantu rumah datang ke Malaysia. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada dokumen yang mencukupi daripada pembantu rumah dan majikan, dan juga tertakluk kepada peraturan kedua-dua negara dari semasa ke semasa.
Perlu. Dalam tempoh 14 hari dari hari ketibaan pembantu rumah di Malaysia, dia perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di institusi perubatan yang diiktiraf dan hanya boleh bekerja dengan majikan sekiranya keputusan pemeriksaan adalah sesuai untuk bekerja. Pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan kesihatan untuk VDRL, kehamilan dan HIV.
Sebagai majikan, anda bertanggungjawab untuk membayar kos penuh perbelanjaan perubatan termasuk kemasukan ke hospital. Jadi adalah lebih baik untuk mempunyai perlindungan insurans untuk perbelanjaan kemasukan ke hospital untuk pembantu rumah anda. Majikan wajib mencarum SOCSO untuk melindungi pembantu rumah yang mengalami kemalangan atau sakit yang berpunca daripada pekerjaannya.
Laporkan kepada agensi kami dengan segera, dapatkan nasihat daripada kami bagaimana untuk membuat laporan polis, dan melaporkan kepada Jabatan Imigresen.
Pembantu rumah anda mungkin akan kerap menghantar duit gajinya kepada keluarga. Anda boleh menggunakan perkhidmatan kiriman wang melalui bank dan pejabat pos.
Pembantu rumah pindahan adalah pembantu rumah yang boleh didapati di sini, tidak perlu mengambil mereka dari negara asal mereka. Kebanyakan pembantu rumah pindahan adalah daripada majikan lain dan mereka mencari majikan baru atas pelbagai alasan seperti majikan memberhentikan perkhidmatan pembantu rumah atas pelbagai alasan.
Majikan bertanggungjawab untuk mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Menteri Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen Malaysia seperti berikut:
– Membayar gaji pembantu rumah mengikut masa yang ditetapkan.
– Memberikan makanan yang cukup dan tempat tinggal yang sesuai.
– Memberikan bantuan rawatan. (termasuk rawatan di hospital)
– Menyediakan tempat tinggal yang selamat.
– Hormati pembantu rumah.
– Melayan pembantu rumah seperti manusia yang lain.
Agensi Pekerjaan Together Sdn Bhd memberikan perkhidmatan seperti berikut:
– Mengatur pembelian tiket kapal terbang yang murah dan mengatur penghataran lapangan terbang.
– Pembatalan permit.
– Sila hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.
Dokumen yang diperlukan oleh Jabatan Imigresen:
– Salinan passport pembantu rumah;
– Salinan visa pembantu rumah;
– Salinan IC majikan
– Surat kebenaran majikan
– Salinan tiket kapal terbang balik
A.P.Together memahami keperluan anda. Kami ada pusat latihan sendiri dan dilengkapi asrama pembantu rumah. Anda boleh tempatkan pembantu rumah anda di sini semasa anda dan keluarga keluar bercuti.
Rakan kongsi kebanggan kami
Perlukan bantuan? Sembang dengan kami
Mulakan Perbualan
Hai! Klick salah seorang perunding di bawah untuk berbual di Whatsapp